FAHAM DAN PRAKTIK HIDUP SIHAT

Kata Leroy Hood, seoarang Ahli Biologi,

“Sekiranya kita melihat penjagaan kesihatan hari ini, ia adalah mengenai penyakit. Ia bukan tentang pemahaman kesihatan sama sekali.”
.

Benar kata Leroy hood itu. Kami melihat lebih dari penyakit. Bukan setakat pemahaman kesihatan, malah bagaimana mengamalkan hidup sihat.
.

#sihat_tenang_bahagia

BILA HARI IBU DAN HUKUM MERAIKANNYA?

#Bila hari Ibu disambut di Malaysia?
Mengikut laman web semakan dot my, hari Ibu diraikan setiap Ahad kedua setiap bulan Mei dan tahun ini jatuh pada 13 Mei 2018 iaitu pada hari Ahad ini.
.

#Mengapa dan bagaimana menyambutnya?
Hari ibu disambut sebagai meraikan seorang Ibu yang banyak berkorban untuk anak-anak dan suaminya. Disambut cara tersendiri. Mungkin hari ini menjadi asbab untuk anak-anak menggembirakan Ibu mereka atau berbaik semula setelah sekian lama berselisih faham.
.
#Apakah hukum meraikannya?
Dari Facebook Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri,
“Saya melihat isu seperti ini lebih kepada istilah sahaja di mana hakikat perayaan dalam Islam hanya dua, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji Berkenaan dengan memuliakan ibu bapa, ianya tidak terhad pada masa atau tarikh tertentu.
.

Malah kewajipannya adalah berpanjangan dan berkekalan sepanjang hayat. Justeru, perayaan seperti ini lebih menghampiri pengaruh Barat yang terpaksa mewujudkan perayaan bagi menghormati ibu dan bapa.
.

Sedangkan bagi orang Islam, anjuran supaya memuliakan dan menghormati kedua ibu bapa sebenarnya sudah dititikberatkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah Nabi SAW, tanpa terikat dengan masa dan tempat.
.

Saya tidak menganggap bahawa merayakan Hari Ibu dan Hari Bapa sebagai perkara yang tidak dibolehkan. Tetap hendaklah dengan menepati beberapa syarat:
1. Menganggap Hari Ibu atau Hari Bapa sebagai penghormatan tambahan buat mereka, bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut

2. Tidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja

3. Sewajarnya seseorang Islam sentiasa menghormati ibubapa dan pada saat yang sama memahami ajaran Islam supaya ketaatannya sentiasa selaras dengan syariat Islam.”

#sihat_tenang_bahagia
#silakanshare

Find Us

Address
123 Main Street
New York, NY 10001

Hours
Monday—Friday: 9:00AM–5:00PM
Saturday & Sunday: 11:00AM–3:00PM

About This Site

This may be a good place to introduce yourself and your site or include some credits.

About MedZone Lite

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus est elit, et facilisis odio tempus in. Nam lobortis, est a scelerisque rhoncus.

Curabitur facilisis convallis malesuada. Duis eget massa tristique, mattis lorem sit amet, molestie massa. Ut a ligula tristique, bibendum lacus ut, tempor tellus.