#Bila hari Ibu disambut di Malaysia?
Mengikut laman web semakan dot my, hari Ibu diraikan setiap Ahad kedua setiap bulan Mei dan tahun ini jatuh pada 13 Mei 2018 iaitu pada hari Ahad ini.
.

#Mengapa dan bagaimana menyambutnya?
Hari ibu disambut sebagai meraikan seorang Ibu yang banyak berkorban untuk anak-anak dan suaminya. Disambut cara tersendiri. Mungkin hari ini menjadi asbab untuk anak-anak menggembirakan Ibu mereka atau berbaik semula setelah sekian lama berselisih faham.
.
#Apakah hukum meraikannya?
Dari Facebook Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri,
“Saya melihat isu seperti ini lebih kepada istilah sahaja di mana hakikat perayaan dalam Islam hanya dua, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji Berkenaan dengan memuliakan ibu bapa, ianya tidak terhad pada masa atau tarikh tertentu.
.

Malah kewajipannya adalah berpanjangan dan berkekalan sepanjang hayat. Justeru, perayaan seperti ini lebih menghampiri pengaruh Barat yang terpaksa mewujudkan perayaan bagi menghormati ibu dan bapa.
.

Sedangkan bagi orang Islam, anjuran supaya memuliakan dan menghormati kedua ibu bapa sebenarnya sudah dititikberatkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah Nabi SAW, tanpa terikat dengan masa dan tempat.
.

Saya tidak menganggap bahawa merayakan Hari Ibu dan Hari Bapa sebagai perkara yang tidak dibolehkan. Tetap hendaklah dengan menepati beberapa syarat:
1. Menganggap Hari Ibu atau Hari Bapa sebagai penghormatan tambahan buat mereka, bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut

2. Tidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja

3. Sewajarnya seseorang Islam sentiasa menghormati ibubapa dan pada saat yang sama memahami ajaran Islam supaya ketaatannya sentiasa selaras dengan syariat Islam.”

#sihat_tenang_bahagia
#silakanshare