Batu karang terbentuk apabila terdapat kepekatan yang tinggi pada bahan-bahan tertentu di dalam air kencing yang menyebabkan terbentuknya kristal. Biasanya air kencing mempunyai bahan yang dipanggil penghalang yang menghalang pembentukan batu karang, tetapi ada setengah kes ia tidak berfungsi.

Kepekatan air kencing yang tinggi ini biasa terjadi pada mereka yang kurang pengambilan cecair.

Jangkitan salur kencing yang berulang kali juga menggalakkan pembentukan batu karang. Apabila terdapat halangan pada saluran air kencing seperti pembesaran kelenjar prostat, takungan air, kencing akan menyebabkan berlakunya jangkitan dan pembentukan batu karang yang berulang-ulang

Gejala dan tanda

Batu karang di buah pinggang biasanya tidak menyebabkan kesakitan dan mungkin ditemui secara tidak sengaja semasa pemeriksaan ultrasound atau x-ray abdomen untuk sebab-sebab yang lain

Batu yang kecil mungkin boleh keluar tanpa rasa sakit atau mungkin menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat daripada belakang hingga ke kemaluan dengan rasa mual dan muntah yabg biasanya disebut sebagai ‘Renal Colic’.

Ini berlaku apabila batu itu bergerak melalui saluran ureter yang sempit yang mengecut untuk mengeluarkannya.

Batu yang lebih besar yang tidak boleh keluar dengan sendiri mungkin tersekat di dalam ureter dan menyebabkan halangan. Ini akan menyebabkan sakit yang berterusan dan mungkin demam jika terdapat jangkitan kuman

Biasanya pesakit batu karang buah pinggang akan merasa sakit dan sengal-sengal di belakang.

Batu karang di pundi kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman. Batu ini boleh menjadi penghalang dengan tersekat pada pangkal pundi kencing.

Pencegahan

Apabila pesakit telah ada batu karang, dia mempunyai risiko untuk pembentukan batu karang lagi. Pesakit di nasihatkan untuk minum air sekurang-kurangnya 2-3 liter air untuk memastikan diri mereka cukup air dan mencairkan air kencing mereka

Pesakit yang mempunyai batu karang jenis asid urid dinasihatkan untuk mengurangkan makanan yang kaya dengan purine seperti daging merah, makanan laut dan alkohol.

Dapatkan nasihat dari Doktor anda untuk diagnosis.

Antara produk pemakanan tambahan untuk batu karang adalah:

1.Pecah beling NDlife

2.Himalaya cystone

JANGAN lupa klik “SHARE” untuk berkongsi pada kenalan anda artikel ini 😎
Cawangan Farmasi Marmin
➀Peramu, Pekan (8am-10pm)
➁Ketapang, Pekan (9am-10pm)
➂Wakaf Bharu, Kelantan (8am-10pm)
➃Chini, Pekan (9am-10pm)
➄Gambang (akan dibuka Mac 2020)
🌸Like fb page kami di http://bit.ly/FarmasiMarmin
🚚Penghantaran ke rumah? http://bit.ly/ShopeeMarmin
Image may contain: drink

Content Creator

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *