Kena Ambil Tahu 3 Perkara Ini Jika Nak Sihat

Kena Ambil Tahu 3 Perkara Ini Jika Nak Sihat

Tak perlu hurai panjang dan terperinci tentang kesihatan. Zaman ini zaman mudah dapat akses kepada maklumat. Cukup kita fikir dan gali samada di dalam buku atau Pakcik Google tentang apa yang ingin di perkatakan ini. Kerap kali kita tertanya-tanya adakah 3 sakit utama orang Malaysia yang kita sering gelar “3 serangkai” termasuk:

  1. Tekanan Darah
  2. Gula dalam darah (Kencing manis)
  3. Kolestrol

Terjadi sebab-sebab berikut yang biasa terpacul dari mulut kebanyakan orang ;

“Semalam makan kambing banyak sangat sebab tu tekanan darah naik”

“Pagi tadi minum manis sangat kot sebab tu bacaan gula dalam darah tinggi”

“Aku makan telur banyak pagi tadi, sebab itu kolestrol tinggi”

Tanpa kita sedari sebenarnya penyakit 3 serangkai itu berlaku kerana amalan kita sejak bertahun-tahun lamanya. Umur aku dah 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun dapat penyakit tersebut. Macam mana nak betulkan?

3 petua ini tak perlu huraian panjang dan bukti sains yang berjela-jela. Cukup kita hayati apa yang berlaku di sekeliling kita berkaitan 3 perkara ini :

  1. Apa yang kita makan?
  2. Berapa jam kita tidur?
  3. Berapa kerap kita bersenam?

 

Apa yang kita makan?
Secara umumnya kita makan 3 kali sehari. Pernahkah kita tenung dan fikirkan apa yang masuk ke dalam badan kita itu diperlukan badan?

Badan hanya perlu nutrisi bukan hanya hentam makan hingga badan berisi. Ambil tahu dengan terperinci apa yang badan kita perlu.

 

Berapa jam kita tidur?

Orang dewasa perlukan tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam sehari. Kanak-kanak 8-10 jam sehari. Ambil tahu apa akan terjadi jika tidak cukup tidur?

 

Berapa kerap kita bersenam?
Senaman bukan bermaksud kita berpeluh-peluh buat kerja dalam pejabat atau dalam rumah atau dalam kilang. Senaman yang baik adalah senaman yang dilakukan diluar rumah sekurang-kurangnya 30 hingga 1 jam. Tak perlu jadi atlit.

 

Cukup dengan ke taman berjalan selama 30 minit (kira-kira 5,000 langkah) atau 1 jam (kira-kira 10,ooo langkah). Tak dapat setiap hati cukup 3 kali seminggu. Tak perlulah berbalah itu dan ini. Buat sahaja dan lihat kesannya.

Rajin-rajinlah berfikir dan menggali 3 perkara ini ya. Bukan banyak pun. 3 perkara sahaja.

#Marmin #ItsPersonal

 

Marmin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *