APA RAWATAN UNTUK KULIT MELECUR?

APA NAK BUAT BILA KULIT MELECUR 🔥?

Staff Marmin baru sahaja buka kedai jam 8 PAGI. Datang seorang wanita sedikit berumur beritahu anaknya baru sahaja terjatuh dalam kuali gulai perniagaan maknya.
Terus staff kami bergegas ke kereta untuk melihat keaadaan anaknya. Kelihatan kesan melecur tahap 2 di beberapa kawasan badan anaknya yang telah diletakkan UBAT GIGI.

🤔BETUL ka tindakan maknya meletakkan ubat gigi pada luka melecur?

Jika anda mengalami kelecuran, JANGAN letak ubat gigi, minyak gamat, tepung, kicap, telur dan sebagainya di kawasan lecuran.
Ia boleh menyebabkan inflamasi yang lebih teruk dan berisiko terkena jangkitan.

Melecur pada kulit di bahagikan kepada 3 tahap:

➡️Tahap 1: Kulit kelihatan kemerah-merahan, dan sakit.
➡️Tahap 2: Lazimnya kulit kelihatan merah dan menggelembung (blister) dan sakit.
➡️Tahap 3: Kulit kelihatan putih dan tidak sakit kerana saraf deria sakit telah rosak.

⚠️Rawatan kecemasan awal betul adalah:

1⃣ Jauhi diri atau mangsa daripada sumber bahaya (api/pemanas/air panas/elektrik/dsb). Jangan panik
2⃣Tanggalkan semua barang kemas, jam, serta pakaian yang terbakar. Kecuali jika ia terlekat pada kawasan lecuran.
3⃣Alirkan air bersih bersuhu bilik selama 15-20 minit untuk hentikan lecuran daripada terus berlaku. Elak gunakan air sejuk atau ais.
4⃣ Jika terdapat gelembung pada kulit yang melecur, tak usah pecahkan gelembung berkenaan. Hanya tutup dengan kain bersih.
5⃣ Jumpa doktor sekiranya lecuran tahap 2-3, kawasan lecuran lebih besar daripada tapak tangan atau melibatkan muka serta kemaluan.
Lepas selesai semua step diatas anda boleh letakkan krim antiseptik atau krim luka melecur pada kawasan yang cedera
Tahap Melecur 1 – 4
Contoh Ubat Krim/Gel/Salap Antiseptik Untuk Melecur

Pastikan sebelum diletakkan krim, luka perlulah dalam keadaan bersih

1⃣Hydrocyn aqua gel
✔️Melembapkan dan membantu pemulihan kulit
✔️Boleh digunakan setiap kali selepas dressing luka.
✔️Produk ini tidak mengandungi bahan kimia dan bahan steroid
2⃣Mebo ointment
✔️Sapu nipis salap pada kawasan terjejas setiap 4 hingga 6 jam sekali
✔️Terus letakkan pada luka. Tidak perlu air atau disinfectant
3⃣Poviderm ointment
✔️Luka melecur sapu 2 hingga 3 kali sehari
4⃣Hurix’s Aloe Vera
✔️Luka melecur sapu 2 hingga 3 kali sehari
5⃣Dermoplex Burn Aid Cream
✔️Sapu nipis pada bahagian yang tercedera
6⃣Solcoseryl jelly
✔️Sesuai untuk luka lembap. Boleh digunakan 2 hingga 3 kali sehari. Hanya sapu nipis pada bahagian yang tercedera

Ada yang tanya boleh ka nak letak aloe vera pada luka terbakar🤔?

↘️Kalau first degree burn, boleh juga untuk letak aloe vera. Kalau tahap 2 dan 3 , tak digalakkan
Macam mana pula dengan ais🤔?
↘️Ais tak elok juga. Air sahaja cukup.
Ais boleh merosakkan lagi kulit yang dah melepuh tu.
JANGAN lupa klik “SHARE” untuk berkongsi pada kenalan anda artikel ini 😎
Farmasi Marmin?
Pekan, Pahang:
👉PERAMU (+601116776799)
👉KETAPANG (+601163199676)
👉CHINI (+01159911543)
Kelantan:
👉WAKAF BHARU (+601139118167)

Content Creator

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *