Runsing dengan Parut? Baca Ini

Runsing dengan Parut? Baca Ini

Parut adalah sesuatu yang tidak digemari tak kira lelaki mahupun perempuan. Akan ternampak jelas terutamanya di bahagian yang terbuka. Parut akan memberi kesan negatif dari segi kecantikan dan boleh mengganggu fungsi seperti pergerakan sendi.

Namun begitu, parut adalah perkara yang baik kerana terhasil dari proses penyembuhan kulit dan tisu yang semulajadi selepas kecederaan. Kecederaan boleh disebabkan oleh trauma, jangkitan atau pembedahan. Tisu yang normal akan digantikan dengan tisu fibrosis. Parut boleh  terbentuk samada pada  tisu dalaman dan juga pada permukaan kulit.

Parut yang terbentuk akan pudar mengikut masa iaitu dipanggil parut matang tetapi ianya tidak akan hilang sepenuhnya.

Bagaimana parut terbentuk?

Badan akan menghasilkan sejenis protein yang dipanggil kolagen apabila tisu atau kulit tercedera.  Kolagen akan menghasilkan jaringan yang menguatkan tisu yang tercedera. Kolagen  dan saluran darah yang baru terbentuk dengan aktif menyebabkan parut kelihatan tebal dan kemerah-merahan.

Proses ini akan berlanjutan sehingga satu tahap di mana jaringan kolagen yang terbentuk akan terlerai dan pengaliran ke saluran darah menurun.

Parut akan kelihatan semakin rata, lembut dan pudar. Parut yang sedemikian dkenali sebagai parut matang.

Sekiranya penghasilan kolagen berlebihan dan tidak teratur, tisu fibrosis akan meningkat menyebabkan parut lebih tebal dari permukaan kulit dan keras.

Dimana parut boleh terbentuk?

➡Parut jenis keloid- dada, belakang, cuping telinga dan bahu
➡Parut kontraktur- sendi jari, ketiak dan leher
➡Parut Atrofik- kulit muka

Jenis-jenis parut?

1) Parut Hipertrofi.
Parut hipertrofi akan kelihatan tebal dari permukaan kulit dan berwarna kemerah-merahan.

2) Parut Keloid.
Parut keloid terhasil akibat pembentukan tisu fibrosis yang berlebihan dan melibatkan kulit sekeliling yang normal. Parut ini bukan sahaja hodoh kerana warnanya yang lebih gelap, ianya juga boleh menyebabkan komplikasi lain seperti sakit, gatal dan mengganggu pergerakan tubuh.

3) Parut Atrofik.
Parut atrofik adalah parut yang tenggelam atau melekuk ke dalam kulit. Parut jenis ini biasanya berlaku pada jerawat yang telah sembuh. Walaupun saiznya kecil tetapi kuantitinya banyak dan akan nampak ketara terutama pada bahagian muka.

4) Parut Kontraktur. Parut kontraktur sering berlaku selepas kecederaan pada kulit akibat luka kebakaran, kelecuran atau kehilangan kulit akibat kecederaan lain. Tisu fibrosis akan menarik kulit di antara permukaan sendi seperti jari tangan, siku dan leher. Ianya juga boleh menarik kulit yang lembut seperti kelopak mata dan bibir.

 

Hubungi kami untuk mendapatkan Stevia kami di  01165535064 (sentuh disini untuk Whatsapp) atau PM kami di Facebook kami di Marmin Healthcare (sentuh di sini).

Marmin
It’s Personal

Marmin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *