Batuk

Batuk

” Saya asyik batuk je, lama dah, sampai rasa ketat dada” 

” Makcik batuk batuk ni rasa mcm benda terlekat, tak lepas” 

” Tak cukup nafas rasa batuk ni, gatal je tekak”

” Stressnya, bila batuk je, nak keluar kahak tu,, susah!” 
.
 Ini antara dialog pesakit apabila cuba menerangkan keadaan batuk mereka. Sekiranya anda juga mengalami masalah yang sama seperti mereka, berkemungkinan anda mengalami gejala batuk yang produktif dimana:
.
☑️ Kegatalan tekak yang teramat

☑️ Kesukaran bernafas dan dada menjadi sempit

☑️ Rasa kahak tidak lepas dibuang

☑️ Rasa ingin batuk yang menjadi jadi terutama apabila bercakap dan berjalan


 Kalau batuk macam ni, bahaya tak? 🤔
.
💯 Sekiranya batuk berlarutan, kemungkinan ia petanda sesuatu penyakit dan memerlukan penilaian doktor. SILA BERJAGA JAGA APABILA :
.
🚩 Berpeluh waktu malam walaupun sejuk
.
🚩 Menggigil waktu malam
.
🚩 Penurunan berat badan yang mendadak
.
🚩 Hilang selera makan
.
📣 Ini merupakan antara gejala TB (tuberculosis), sejenis bakteria berjangkit yang menjejaskan paru paru! Sila dapatkan khidmat nasihat pakar dengan segera!

💯 Sekiranya batuk anda mempunyai gejala seperti :
.
🚩 Berkahak yang berbau
.
🚩 Pekat dan likat, melekit
.
🚩 Berwarna seperti merah, hijaj, gelap atau kuning
.
🚩 Demam atau peningkatan suhu badan

📣 Anda juga mungkin berpotensi mengalami gejala daripada jangkitan saluran pernafasan. Tindakan segera adalah dengan menerima rawatan daripada doktor!

✔️ Terdapat dua jenis mekanisma bahan aktif yang khas mengurangkan kahak dengan :

☘️ Expectorant : membantu pengeluaran bronchial agar mucus (kahak) senang bergerak dan dibuang daripada saluran pernafasan dan melegakan batuk

☘️ Mucolytic : bahan aktif bertindak sebagai agen yang mencairkan kahak yang pekat

1. FLUIMUCIL A
.
🔑 Bahan aktif : Acetylcysteine
.
☑️ Bertindak mengikut mekanisma mucolytic dimana ia bertindak mencairkan kahak yang pekat yang menghalang saluran oernafasan lalu menyebabkan batuk
.
☑️ Boleh didapati dalam bentuk effervescent tablet (larut dalam air) mahupun sachet (serbuk)
.
☑️ Kanak kanak : 2 tahun – 6tahun boleh ambil 1-2 sachet (100mg) pada 2-3 kali sehari bergantung kepada umur dan berperisa oren
.
☑️ Dewasa : 1 effervescent tablet, 1 kali sehari, berperisa lemon
.
2. PROSPAN F COUGH SYRUP
.
🔑 Bahan aktif : Hedera helix extract (ekstrak daun ivy)
.
☑️ Bertindak sebagai expectorant dimana ia membantu membersihkan laluan pernafasan dengan merembeskan cecair bronchial untuk menggerakkan kahak keluar daripada saluran pernafasan.
.
☑️ Boleh didapati dalam bentuk syrup atau stick syrup
.
☑️ Kanak kanak 6-11 tahun : boleh ambil 1 syrup stick sebanyak 2 kali sehari
.
☑️ Kanak kanak 12 tahun dan dewasa : boleh ambil 1 syrup stick sebanyak 3 kali sehari
.
3. STENAC EFFERVESCENT TABLETS
.
🔑 Bahan aktif : Acetylcysteine 
.
☑️ Bertindak mengikut mekanisma mucolytic dimana ia mencairkan kahak dengan menganggu mucoprotein didalam kahak agar ia berpecah kepada unit – unit kecil.
.
☑️ Didapati dalam bentuk effervescent granules
.
☑️ Dewasa : 1 effervescent tablet, 1 kali sehari
.📳Boleh hubungi kami melalui whatsapp melalui link tertera :

☑️ http://bit.ly/MarminHealthcare

.

🛍️ Ikuti kami di aplikasi Shopee untuk mendapatkan barangan keperluan secara online di :

☑️ Marmin Healthcare

Jangan lupa like dan follow page & Instagram kami ya 🤗

☑️ Marmin Healthcare 



Marmin Healthcare. 

Sihat. Cantik. Mudah

Content Creator

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *