BETUL KE UBAT YG DOKTOR BAGI NI??

BETUL KE TAK BETUL DOKTOR NI BAGI UBAT😨 ?

Anak saya gatal-gatal tapi doktor bagi ubat selsema 🤔
Anak saya tak demam pon doktor bagi paracetamol😔
Kenapa macam tu ya?
Sebab sesetengah ubat mempunyai pelbagai fungsi. Tak percaya?Jom marmin bagikan contoh

🅰️CETIRIZINE selalu digunakan sebagai antihistamin

  • Melegakan gejala alahan, demam, dan selesema. Gejala alahan ini termasuk ruam, gatal-gatal, mata berair, mata gatal / hidung / tekak, batuk, hidung berair, dan bersin.
  • Ubat ini berfungsi dengan menghalang bahan semulajadi tertentu (histamine) yang dibuat oleh tubuh anda semasa reaksi alergi.
  • Jadi selsema dan gatal sangat berkait rapat dengan histamin.
  • Untuk ubat antihistamin seperti DIPHENHYDRAMINE. Selain untuk gatal dan selsema ia juga mempunyai fungsi tambahan melegakan batuk. Ubat ini boleh menyebabkan mengantuk dan mampu mengurangkan fungsi pusat batuk di otak.
  • Jadi, jangan terkejut bila doktor bagi ubat untuk gatal dan selsema ubat yang sama sebab ada sesetengah ubat, kegunaannya lebih dari satu
🅱️Paracetamol
  • Selalu kita guna paracetamol untuk demam atau mengurangkan suhu, tapi anda perlu tahu fungsi paracetamol adalah lebih dari itu.
  • Antaranya melegakan sakit (atau ketidakselesaan) yang disebabkan oleh: sakit kepala, sakit gigi, sakit disebabkan oleh artritis, sakit otot, osteoarthritis dan senggugut
  • Dapatkan nasihat dari farmasi mahupun doktor untuk lebih pasti tentang ubat-ubat yang anda makan dan mengapa anda perlu mengambilnya.
😎Anda ada pengalaman yang sama? Jom kongsi di ruangan komen.
JANGAN lupa klik “SHARE” untuk berkongsi pada kenalan anda artikel ini 😎
Boleh dapatkan di cawangan Farmasi Marmin:
1⃣Peramu Pekan (8am-10pm),
2⃣Ketapang Pekan (9am-10pm),
3⃣Wakaf Bharu Kelantan (8am-10pm)
4⃣akan datang di Chini (depan Petronas Bandar Chini).
🌸Like fb page kami di http://bit.ly/FarmasiMarmin
🚚Penghantaran ke rumah? http://bit.ly/ShopeeMarmin
👨‍⚕Nak doktor ke rumah? DRAH2U +60102550648

Khairunnisa Niesa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *