BUANG NAJIS BERDARAH TU BUASIR?

Sebelum anda berisiko terkena buasir, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan sebagai langkah berjaga-jaga
Sebelum tu, anda perlu tahu dahulu siapa yang berisiko untuk terkena buasir
1⃣Orang yang selalu meneran semasa membuang air besar (sembelit).
2⃣Wanita mengandung🤰 (pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon)
3⃣Orang yang berlebihan berat badan, berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat.
“MARMIN, kalau saya ada buang najis berdarah perluka saya berjumpa dengan doktor 🤔?
Anda boleh dapatkan nasihat doktor sekiranya sering mengalami berak berdarah
“Pentingka jumpa doktor🤔? Saya takda masa la nak tunggu lama-lama😨
Penting untuk doktor pastikan bahawa pendarahan tersebut berpunca dari buasir dan bukannya dari penyakit serius yang lain seperti kanser usus.
Pemeriksaan untuk kanser usus perlu dibuat lagi-lagi bila anda mempunyai ciri-ciri berikut:
✔️ Berumur 40 tahun ke atas.
✔️Mempunyai sejarah perubatan kanser usus atau ahli keluarga/ saudara yang mengalami kanser usus.
✔️Mengalami sakit atau ketidakselesaan perut.
✔️Mengalami pembuangan najis tidak menentu seperti selalu cirit-birit dan/atau sembelit.
✔️Kurang berat badan tanpa sebab tertentu.
Cepat bertindak SEGERA untuk elakkan sakit ini menjadi lebih serius ⚠️
Jadi MARMIN, apa yang boleh saya buat untuk elak buasir?
1⃣Elakkan sembelit
2⃣Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan memakan buah-buahan🍌,sayur-sayuran hijau🥦🥗 dan bijirin.
3⃣Lebihkan minum air, sebaik-baiknya lapan gelas sehari🍶.
4⃣Lakukan senaman setiap hari🏌‍♂️.

5⃣Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit dan menerukkan lagi masalah buasir.

*Anda boleh mengambil Fybogel, Phytomix, ProGut (tinggi serat) dan minuman kaya serat BonRica yang bertujuan untuk mengelakkan sembelit.
Jika anda sudah terkena buasir, JANGAN RISAU ⚠️. Ada perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan kesakitan
✔️Mandi🛀 dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan.
.
✔️Jika terdapat pembengkakan, gunakan ais supaya bengkak surut atau duduk di dalam besen yang berisi air garam🛀.
.
✔️Ambil pil untuk mengurangkan sakit seperti paracetamol, aspirin, atau ibuprofen.
JANGAN lupa klik “SHARE” untuk berkongsi pada kenalan anda artikel ini 😎
Boleh dapatkan di cawangan Farmasi Marmin:
1⃣Peramu Pekan (HQ)(8am-10pm)
2⃣Ketapang Pekan (9am-10pm),
3⃣Wakaf Bharu Kelantan (8am-10pm)
4⃣akan datang di Chini (depan Petronas Bandar Chini).
🌸Like fb page kami di http://bit.ly/FarmasiMarmin
🚚Penghantaran ke rumah? http://bit.ly/ShopeeMarmin
👨‍⚕Nak doktor ke rumah? DRAH2U +60102550648

 

Khairunnisa Niesa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *