7 Info Mak Ayah Wajib Tahu Tentang Anak & Buku oleh Dr Taufiq Razif

7 Info Mak Ayah Wajib Tahu Tentang Anak & Buku oleh Dr Taufiq Razif

Marmin kongsikan apa yang Ibu Bapa wajib tahun tentang anak dan buku coretan Dr Taufik Razif di Facebook beliau (sentuh nama Dr Razif untuk follow Facebook beliau).

1. Dulu kita ingat, tahap pendidikan ibubapa lah yang menjadi penentu terbesar anak kita tu cerdik ataupun tidak

2. Ternyata sangkaan kita selama ni silap! Ada kajian yang dijalankan selama 20 tahun oleh penyelidik yang diketuai oleh Prof Mariah Evans mendapati sebaliknya

3. Rupa-rupanya, membesarkan anak dengan buku ni memberi kesan pada tahap pendidikan anak anak walau apa pun juga tahap pendidikan mak ayahnya

4. Di negara Cina, anak yang dibesarkan di dalam rumah yang ada 500 buah buku didapati mempunyai kepantasan didikan 6.6 tahun ke hadapan!

5. Tak semestinya 500 buah buku, memiliki buku 20 buah buku di rumah je pun dah bagi impak yang sangat besar pada anak, menurut Prof Mariah Evans

6. Mempunyai buku di rumah 2 kali lebih penting daripada cuma mempunyai ibubapa yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi

7. Nak suruh anak membaca? Jadikan rumah kita Bookish Atmosphere . Iaitu dengan :

 Banyakkan buku
 Wujudkan perpustakaan mini
 Jadikan buku di rumah kita senang dicapai oleh anak
 Jadikan rumah kita selesa untuk anak membaca buku

Nak lagi hebat?

Kita tinggalkan sejenak gajet & mula membaca buku DI DEPAN ANAK kita sekarang juga

Dr Taufiq Razif

Marmin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *