Jangkitan Saluran Kencing (UTI)

Jangkitan saluran kencing (uninary tract infection, UTI) berlaku apabila sistem perkumuhan tersebut dijangkit bakteria.

UTI biasa berlaku kepada wanita berumur di antara 20 hingga 50 tahun. Lebih kurang 50% daripada wanita akan mengalami UTI sekurang-kurangnya sekali seumur hidup

Cystisis, sejenis jangkitan pada saluran jangkitan, kerap berlaku pada wanita hamil

Jika dibiar tanpa dirawat, UTI boleh menjadi agak sakit dan mungkin berbahaya kerana jangkitan boleh merebak ke atas dan sampai ke buah pinggang

๐Ÿ“ŒSimpton-simpton UTI:

๐Ÿ”นSakit atau rasa pedih ketika membuang air kecil
๐Ÿ”นKencing tidak lawas
๐Ÿ”นKerap rasa hendak kencing
๐Ÿ”นTidak dapat mengawal kencing
๐Ÿ”นPerubahan kuantiti air kencing
๐Ÿ”นAir kencing berbau busuk

๐Ÿ“ŒJenis-jenis UTI

UTI selalunya diklasifikasikan sebagai bahagian atas atau bahagian bawah mengikut tempat dimana jangkitan berlaku di sepanjang saluran kencing

โ–ช๏ธUTI bahagian bawah
Saluran kencing bahagian bawah terdiri daripada pundi kencing dan uretra. Jangkitan dalam saluran kencing bahagian bawah boleh menjejaskan uretra (uretritis) atau pundi kencing (sistitis)

โ–ช๏ธUTI bahagian atas
Saluran kencing bahagian atas terdiri daripada ginjal dan ureter.
Jangkitan dalam saluran kencing bahagian atas secara umumnya menjejaskan ureter (ureteritis) dan ginjal (pielonefritis)

๐Ÿ“ŒPencegahan kencing kotor boleh diatasi dengan menitikberatkan langkah-langkah seperti:

๐Ÿ”นMinum banyak air kosong sekurang-kurangkan 6 ke 8 gelas sehari sehingga air kencing menjadi jernih
๐Ÿ”นElakkan tahan kencing ia akan menggalakkan lagi pembiakan bakteria di dalam pundi kencing
๐Ÿ”นSelepas selesai membuang air kecil, biasakan mengelap dari depan ke belakang untuk mengatasi pembiakan bakteria dari kawasan dubur ke uretra
๐Ÿ”นKurangkan makanan manis atau minuman yang mengandungi kafein
๐Ÿ”นTukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap

Semoga bermanfaat.

FARMASI MARMIN

No photo description available.

Content Creator

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *