Jenis Panadol

Jenis Panadol

Dah kenal jenis-jenis Panadol?

“Adik ambilkan panadol 1 papan”

“Panadol yang mana satu ya?”

“Ohh ada banyak ka ? Isteri suruh belikan panadol ja. Apa beza ye semua tu?”

Harini admin nak kongsikan jenis-jenis Panadol yang terdapat di pasaran supaya lepas ni dah tahu dan tak tersalah beli.

1⃣Panadol Actifast

  • Ianya mengandungi sodium yang bertindak meningkatkan pergerakan paracetamol
  • Boleh membantu melegakan demam sakit yang tidak serius:sakit kepala,migraine, sakit belakang,sakit otot dan sendi,senggugut, sakit radang sendi,sakit gigi, sakit TIDAK SELESA kerana selsema dan sakit tekak
  • Panadol actifast diserap dua kali lebih cepat kedalam darah berbanding Paracetamol biasa. Jadi ianya lebih cepat memberi kelegaan pada pengguna
  • Khas untuk pesakit darah tinggi pengambilan sodium yang disarankan adalah bawah dari 1500mg.
  • Setiap tablet Actifast mengandungi 173mg sodium,jika pengambilan tablet actifast sebanyak 2 biji 4 kali sehari, jumlah pengambilan sodium adalah 1384mg belum ditambah dengan diet seharian kita seperti makanan masin. Jadi hati-hati ya.
Jenis-jenis Panadol

2⃣Panadol Optizorb

  • Ianya mengandungi paracetamol 500mg. Optizorb menggunakan formula teknologi baru yang mengandungi alginic acid dan calcium carbonate.
  • Alginic acid bertindak menyerap air dan dan mengembang. Manakala calcium carbonate bertindak balas dengan acid dalam perut yang mana mempercepatkan larutan ubat dalam perut
  • Membantu melegakan sakit kepala, migraine, sakit tekak, demam dan sakit gigi
  • Kelebihannya: pantas dan lebih selamat pada mereka yang perlu mengawal pengambilan garam dalam diet mereka.

3⃣Panadol Extend

  • Kandungannya ialah 665mg paracetamol
  • Mempunyai kelebihan seperti kesannya yang tahan lama lebih dari 8 jam daripada produk lain kebiasaannya 4-6 jam
  • Membantu melegakan kesakitan otot, sakit sendi, sakit belakang dan sakit di bahagian tulang rawan

4⃣Panadol Extra

  • Kandungannya paracetamol 500mg. Serta tambahan (extra) 65mg kafein
  • Kafein boleh meningkatkan saiz salur darah dan memudahkan perjalanan darah.
  • Kafein tidak boleh diambil melebihi 200mg oleh perempuan mengandung.
  • Begitu juga ibu yang menyusukan bayi, kafein yang dibenarkan tidak melebihi 300mg kerana ianya boleh mengganggu tidur anak susuan
  • Penggunaannya tidak lebih dari 2 hari seminggu
Panadol Soluble

5⃣Pandol Soluble

  • Panadol soluble adalah yang jenis larut dalam air.
  • Sesuai untuk yang susah menelan ubat biji atau syrup. Namun kandungan sodiumnya tinggi, sedikit berbahaya pada yang mempunyai masalah darah tinggi dan mengamalkan diet kurang sodium

6⃣Panadol Menstrual

  • Kandungan 500mg paracetamol 25mg pamabron
  • Pamabrom membantu menyingkirkan air lebihan terkumpul dalam badan disebabkan perubahan hormon. Lebihan air akan dibuang melalui air kencing.
  • Panadol menstrual sesuai untuk wanita yang mengalami PMS: cramp & kembung perut dan ketidakselesaan semasa awal datang haid

8⃣Panadol Children

  • Kandungan setiap tablet 120mg Paracetamol.
  • Sesuai untuk kanak-kanak yang sudah boleh menelan.
  • Dose yang boleh diberikan ialah mengikut berat 15mg/kg

Sebagai contoh berat kanak-kanak adalah 16kg

✔️16kg x 15mg/kg= 240mg

👉Jadi boleh ambil 2 biji panadol children setiap dos

9⃣Panadol cold+ flu-D

  • Kandungan paracetamol 500mg, phenylephrine hcl 5mg, chlorphenaramine maleate 2mg dan potassium sorbate 0.6mg
  • Phenylephrine hcl membantu mengurangkan hidung tersumbat
  • Chlorphenaramine maleate membantu mengurangkan selsema alahan ataupun gatal
  • Panadol COLD+ FLU-D boleh membantu melegakan hidung berair, bersin, hidung tersumbat, gatal-gatal dan mata berair

Hati-hati jika ambil ubat ini semasa memandu atau bekerja, pengambilan ubat ini boleh menyebabkan mengantuk

🔟Panadol 650

  • Kandungan paracetamol 650mg
  • Hanya perlu ambil 1 hingga 1 setengah kaplet untuk 12 tahun ke atas tidak boleh melebihi 6 kaplet sehari
  • Sesuai untuk yang tak suka ambil ubat 2 biji sekaligus. Kelegaan sakit dalam masa 1 jam. Boleh membantu menurunkan suhu demam dalam 30minit
  • Tidak selamat diambil bersama alkohol. Kurang digalakkan untuk ibu mengandung.

Boleh digunakan oleh ibu menyusu.

Dah sedikit jelaskan tentang jenis-jenis panadol. Nanti tak susah nak pilih masa nak beli nanti 😉

JANGAN lupa klik “SHARE” untuk berkongsi pada kenalan anda artikel ini 😎

Farmasi Marmin (Peramu 8am-10pm) @ Ketapang (9am-10pm)

🌸Like fb page kami di fb.my/farmasimarmin

http://www.wasap.my/601116776799

🚚Penghantaran ke rumah? shopee.com.my/farmasimarmin

Khairunnisa Niesa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *