MARI KENALI JENIS-JENIS KULIT ANDA

Setiap yang mengidap penyakit kulit seperti ekzema, sensitif, kulit kering, ruam atau kegatalan sering merasa terganggu. Masalah kulit juga kerap menurunkan kepercayaan diri saat di depan orang ramai. Pada dasarnya, kulit yang sihat adalah idaman semua orang.

KENALI JENIS-JENIS KULIT

  1. KULIT KERING

Jangan biarkan kulit anda kering, ketahui apa penyebab kulit kering terjadi sebagai langkah awal mengatasi masalah.

Kulit kering dan gatal? Lazimnya ini menandakan kekurangan komponen filaggrin di dalam sistem kulit. Filaggrin adalah sejenis protein yang penting bagi penghasilan faktor pelembap semulajadi (NMF)- bahan yang memelihara penghidratan kulit dan fungsi pelindung kulit.

Gejala kulit kering, kulit kemerah-merahan, rasa gatal, terlihat retakan atau garis-garis halus pada kulit, bersisik serta mengelupas. Jika tidak dirawat keadaan retakan boleh berdarah.

2. KULIT ECZEMA

Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi atau kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit).

Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.

Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.

Bagi kebanyakan pesakit eczema, radang kulit akan menyebabkan lapisan pelindung kulit ini menjadi lemah dan rapuh. Hal ini akan menyebabkan kulit menjadi semakin kering, semakin sensitif dan juga senang terkena jangkitan, seterusnya menyebabkan eczema semakin teruk.

3. KULIT SENSITIF

Seseorang yang memiliki kulit sensitif sangat mudah mengalami alergi,seperti alergi pada makanan. Ketika alergi makanan menyerang, seseorang sering mengalami gatal pada kulit, ruam, bengkak, dan kemerahan. Gatal-gatal ini sering terjadi pada lengan, kaki dan sendi.

4. RUAM

Ruam bisa dikatakan sebagai peradangan dan perubahan warna yang terjadi pada kulit. Bentuk reaksi kulit yang mengalami ruam misalnya timbul gatal-gatal, benjol mengelupas, bersisik, atau iritasi

Kekurangan air juga memberi kesan tersendiri pada badan dan keadaan kulit terutama kulit muka. Kulit muka menjadi kusam, kasar dan kering

Pilihan sabun yang sesuai untuk kulit anda:

  • Bioshield E Bio Sulphur Liquid cleanser
    ✔️ Sesuai untuk keradangan kulit
    ✔️ Membersihkan dan melembapkan kulit
    ✔️ Bebas daripada paraben dan silikon
  • Suu balm
    ✔️ Menghilangkan kesan kegatalan dengan serta merta
    ✔️ Untuk kulit kering, gatal dan sensitif
    ✔️ Bebas sabun dan sulfat
    ✔️ Menthol semulajadi untuk menyejukkan dan melegakan
  • Qv Gentle wash
    ✔️ Kulit kering
    ✔️ Melembapkan permukaan kulit
    ✔️ Soap free dan sesuai untuk kulit sensitif
    ✔️ Tidak menyebabkan pori-pori tersumbat
    ✔️ Bebas pewangi dan pewarna
  • Aqua dermis
    ✔️ Mempunyai pH yang sesuai bagi mengurangkan keradangan dan kerengsaan kulit
    ✔️ Sesuai untuk kulit ekzema dan proriasis
    ✔️ Cecair pencuci yang lembut dan tidak merengsa kulit
  • Collagen Oilum Hydro-Rebalance Firming Cleanser
    ✔️Sangat sesuai untuk jenis kulit yang kering
    ✔️ Boleh melembapkan kulit dan mengurangkan kedutan pada kulit
    ✔️ Dapat melindungi kulit dari berlakunya rekahan
  • Cetaphil PRO Ad Derma Body Wash
    ✔️ Sesuai untuk kulit kering dan gatal
    ✔️ Membersih dan melembapkan kulit kering dan gatal
    ✔️ Bebas pewangi
  • Pinetrol
    ✔️ Sesuai untuk kulit radang dan gatal
    ✔️ Bebas sabun
    ✔️ PH 6 melindungi kulit secara semulajadi
  • Sebamed liquid face and body wash
    ✔️ Bebas sabun dan alkali
    ✔️ Untuk kulit kering dan sensitif
    ✔️ PH 5.5
    ✔️ Mengandungi pentavitin, vitamin dan allantoin yang membantu melembapkan kulit
  • Ellgy h20 Extra Gentle Cleanser
    ✔️ Sesuai untuk kulit sensitif dan bermasalah
    ✔️ Sesuai untuk muka dan badan
    ✔️Bebas pewangi, SLS/SLES

Cawangan Farmasi Marmin
➀Peramu, Pekan (8am-10pm)
➁Ketapang, Pekan (9am-10pm)
➂Wakaf Bharu, Kelantan (8am-10pm)
➃Chini, Pekan (9am-10pm)
➄Gambang (akan dibuka Mac 2020)

Like fb page kami di http://bit.ly/FarmasiMarmin

No photo description available.

Content Creator

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *