MASALAH EKZEMA DAN LANGKAH PENCEGAHAN

Ekzema adalah sejenis keadaan kulit yang keradangan, bengkak , gatal-gatal dan kelihatan kemerah-merahan.

Adakalanya ekzema kelihatan berkerak pada permukaan kulit dan berlaku pada bahagian siku, pipi dan lutut.

Tahap ekzema boleh jadi bertambah buruk sehingga gatal berpanjangan dan menjadi luka apabila digaru.

Ekzema biasanya berlaku dalam kalangan bayi, kanak-kanak dan orang dewasa.

Sesetengah keadaan, ekzema menjangkiti sepanjang tempoh kanak-kanak sahaja, namun, terdapat juga yang menghadapi ekzema sepanjang hayat.

PUNCA EKZEMA

Punca utama ekzema tidak diketahui namun ekzema berlaku disebabkan oleh tindak balas imun sistem yang terlalu sensitif kepada sesuatu penyebab iritasi kulit

  • mempunyai keturunan yang ada ekzema
  • mudah terjadi pada kulit kering, gatal dan sensitif kpd kepanasan
  • jangkitan virus
  • bahan kimia peransang (allergen) seperti sabun basuh pinggan dan minyak wangi.

JENIS EKZEMA

‘Irritant dermatitis’- berlaku disebabkan beberapa faktor seperti sejarah keluarga, sentuhan kepada bahan kimia secara berlebihan dan bahan toksik.

‘Atopic dermatitis’ – jenis yang lazim berlaku, disebabkan faktor keturunan dan biasanya menjangkiti bahagian pipi, leher, siku, dan lipatan lutut.

‘Allergic contact dermatitis- kegatalan disebabkan oleh sentuhan dengan bahan allergik. Berlaku selepas beberapa jam pendedahan kepada bahan tersebut dan pulih selepas tujuh hari apabila bahan tersebut tidak didedahkan kepada kulit.

‘Nummular/ discoid eczema’ – berlaku daripada kecederaan ringan seperti gigitan serangga atau kebakaran. Biasa berlaku dalam kalangan warga tua dan berbentuk seperti duit syiling.

‘Seborrheic dermatitis’ -ruam di bahagian kepala, muka dan telinga (iaitu di bahagian yang mudah berminyak)

CARA MEMBANTU KANAK-KANAK YANG MENGALAMI EKZEMA

  • Elakkan memakai baju berlapis-berlapis
  • Berikan pakaian daripada kapas dan nipis
  • Beri keselesaan kepada anak anda seperti bilik yang ada pengudaraan yang baik
  • Awasi makanan yang membuatkan keadaan ekzema bertambah teruk, atas nasihat doktor.
  • Setelah mandi dan keringkan badan, sapukan losyen bagi memberi kelembapan
  • Elakkan fabrik yang kasar
  • Gunakan sabun yang bersesuaian dengan kulit anak anda.

RAWATAN BAGI EKZEMA

Matlamat bagi merawat ekzema adalah untuk mengawal daripada kegatalan dan mencegah daripada jangkitan kuman. Antara langkah merawat adalah:

  • Krim pelembap kulit untuk menahan kekeringan dan kegatalan kulit. (aqueos cream)
  • Krim steroid bagi merawat keradangan kulit yang teruk.(hydrocortisone,betamethasone)
  • Ubat makan tahan gatal seperti antihistamin (cetirizine, chlorpheniramine)
  • Antibiotik sekiranya terdapat jangkitan kuman.
  • Sekiranya keadaan semakin berlarutan atau menjadi lebih serius, dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya 🙂

Cawangan Farmasi Marmin

Peramu, Pekan (8am-9.30pm)

Ketapang, Pekan (9am-9.30pm)

Wakaf Bharu, Kelantan (8am-9.30pm)

Chini, Pekan (9am-9.30pm)

Gambang, Kuantan (8am-10pm)

Klinik Marmin (bakal di buka Julai 2020)

Like fb page kami di http://bit.ly/FarmasiMarmin

whatsapp kami http://www.wasap.my/601116776799🚚

Penghantaran ke rumah? http://bit.ly/ShopeeMarm

Content Creator

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *