Mata Kering

Mata Kering

Rasa tak selesa pada mata 👀? Mata aku kering ka ?

Apa itu mata kering ?
Mata kering adalah satu keadaan di mana terdapat kekurangan air mata untuk melembabkan dan menyuburkan mata. Mereka yang mengalami mata kering adalah disebabkan oleh pengeluaran air mata yang kurang ataupun mempunyai air mata yang tidak berkualiti. Masalah ini boleh mengakibatkan gangguan pada permukaan mata dan seterusnya menyebabkan gejala yang kurang selesa serta memberi kesan terhadap kualiti hidup.

siapakah golongan yang berisiko mengalami mata kering?
-wanita lebih sering mengalami mata kering berbanding lelaki
-mata kering boleh berlaku pada semua peringkat umur namun warga tua lebih berisiko tinggi

Apakah tanda-tanda mata kering?
-pedih atau rasa terbakar pada mata
-rasa seperti berpasir
-air mata banyak mengalir
-mata terasa kesat
-mata sakit dan kemerahan
-penglihatan kabur
-tidak boleh menghasilkan air mata walaupun menangis
-rasa tidak selesa apabila menggunakan kanta pelekap
-tidak boleh melakukan aktiviti seperti melihat skrin terlalu lama
-mata berasa letih

Apakah rawatan untuk mata kering?
-penutupan punctum (lubang airmata) bersifat sementara.
-ubat-ubatan lain dan nutrisi.
-lipiflow.
-restasis.
-menggunakan air mata tiruan, ubat titis mata atau gel

Apa yang boleh kita buat untuk mengelakkan dari mata kering?

-mengunakan penapis udara untuk menapis habuk
-elakkan dari keadaan kering seperti duduk di kawasan berhawa dingin terlalu lama
-menggunakan ubat titis mata yang melembapkan

Antara ubat titis yang membantu merawat mata kering ialah

a) Jenis Botol

1⃣Systane Ultra
-mengandungi propylene Glycol 0.6% yang bertindak sebagai pelicir
-melegakan mata yang sakit dan terbakar disebabkan oleh kekeringan
-perlindungan mata yang lebih lama
-membantu mata untuk lebih segar
-buang lebihan ubat titis selepas 1 bulan dibuka

2⃣Systane Balance
-mengandungi proplene glycol 0.6% yang berindak sebagai pelincir
-membantu memulihkan lapisan minyak dalam mata
-direka untuk berfungsi pada 3 lapisan filem mata
-buang lebihan ubat titis selepas 6 bulan dibuka

3⃣Systane Lubricant Eye Drop
-mata akan lebih lembap dan segar
-formula original
-lebih tahan lama dan kelegaan lebih cepat
-buang lebihan ubat titis selepas sebulan digunakan

4⃣Systane Gel Drop
-kelegaan yang tahan lama disebabkan oleh mata kering
-formulasi gel yang tebal untuk lebih perlindungan kepada mata kering
-sesuai untuk yang mahu perlindungan yang lebih
-buang lebihan ubat titis mata selepas 3 bulan dibuka

5⃣Systane Lubricant Eye Drop (Hydration)
-melegakan keradangan pada mata disebabkan mata kering
-mengandungi hyluronate
-boleh juga digunakan untuk membasahkan kanta lekap
-buang lebihan ubat titis selepas 3 bulan dibuka

6⃣Optrex Rehydrating Eye Drop (dry eyes)
-cepat melegakan simptom mata kering
-boleh digunakan bersama contact lens
-perlu dibuang lebihan ubat titis selepas 28 hari

7⃣Refresh Tear
-segera melembapkan dan melegakan mata kering
-mempunyai ciri yang hampir sama dengan air mata semulajadi
-perlu buang lebihan ubat titis selepas 1 bulan dibuka

8⃣Lacri vision
-menggantikan air mata yang bertindak sebagai pelembap dan pelincir untuk mata kering
-sesuai untuk mata kering disebabkan terlalu lama penggunaan komputer atau disebabkan cuaca
-buang lebihan ubat titis selepas 30 hari dibuka

9⃣Rinz Normal Saline
-melegakan mata yang penat disebabkan terdedah kepada habuk angin asap atau penghawa dingin
-cabut kanta pelekap sebelum 20 minit manggunakannya
-buang lebihan ubat titis selepas 1 bulan dibuka

🔟Eye Mo Regular
-melegakan gangguan ringan pada mata
-cabut kanta pelekap sebelum penggunaan
-buang lebihan ubat titis 1 bulan selepas dibuka

1⃣1⃣Hialid 0.1 Opthalmic Solution
-mengandungi sodium hyaluronate
-fungsi sodium hyaluronate membantu memegang molekul air dengan lebih lama
-membantu merawat gangguan Keratoconjunctival epitelial yang berpunca daripada penyakit berikut:
-penyakit intrinsik seperti sindrom Sjögren, sindrom Stevens-Johnson dan sindrom sicca (mata kering).
-penyakit ekstrinsik yang disebabkan oleh pembedahan, ubat-ubatan, trauma, memakai kanta pelekap dan lain-lain.
-tidak boleh digunakan bersama kanta pelekap
-buang lebihan ubat titis selepas buka 1 bulan

1⃣2⃣Optrex Refreshing Eye Drop
-menyegarkan dan melebutkan
-mengandungi extrak tumbuhan semulajadi
-sesuai untuk yang mengalami mata penat sperti: terlalu lama mengadap skrin atau berada di kawasan yang panas

1⃣3⃣Vismed Multi
-tiada bahan pengawet
-boleh tahan sehingga 3 bulan selepas dibuka
-melegakan mata kering
-menjadi pelincir mata disebabkan kekeringan, habuk, asap, pendingin udara, angin, telalu lama melihat skrin atau masalah penggunaan kanta pelekap
-tiada bahan pengawetq

b)jenis vial

1⃣Cationorm vial
-Cationorm adalah emulsi yang dibentuk oleh fasa berair dan fasa berminyak.
-Cationorm bukan sahaja mengembalikan kelembapan tetapi juga membantu mencegah kehilangan cecair.
-Cationorm adalah emulsi penghidratan dan pelincir yang melegakan ketidakselesaan dan kerengsaan mata kering yang disebabkan oleh penggunaan kanta lekap atau keadaan persekitaran yang berpanjangan.
-buang lebihan ubat titis selapas digunakan
-tiada bahan pengawet

2⃣Systane Lubricant Eye Drop (Hydration UD) vials
-tiada bahan pengawet
-mengandungi hyaluronate
-menyahidrat
-bertindak dengan cepat dan tahan lama
-selamat digunakan bersama kanta lekap
-buang lebihan ubat titis selepas kali pertama penggunaan. TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEMULA

3⃣Tears Naturale Free
-tiada bahan pengawet
-untuk kelegaan segera disebabkan oleh kerensangan mata atau terdedah pada angin
-buang bekas setelah 12 jam dibuka
-boleh digunakan sekerap yang boleh

Ubat titis mata perlu dijaga dengan rapi supaya tidak berlaku sebarang jangkitan lain dikemudian hari

Boleh dapatkan di Farmasi Marmin (Peramu 8am-10pm) @ Ketapang (9am-10pm)

🌸Like fb page kami di fb.my/farmasimarmin

http://www.wasap.my/601116776799

Khairunnisa Niesa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *