Penjagaan Mulut

Penjagaan Mulut

Mulut berbau? 😯
.
Pernah tak terjumpa kawan-kawan atau kenalan yang mempunyai masalah mulut berbau?
Sudah pasti perbualan anda akan jadi tidak selesa bila mempunyai mulut yang berbau.
.
Mulut berbau bukan hanya datang dari gigi yang berlubang sahaja. Ianya mungkin datang cara penyucian gigi yang tidak betul, masalah gusi dan sebagainya.
.
Jadi, kami nak kongsikan tips penjagaan mulut yang baik.
.
1⃣ JANGAN TIDUR SELAGI BELUM MENGGOSOK GIGI
-Memberus gigi sebelum tidur boleh membasmi kotoran dan plak yang terkumpul sepanjang hari. Hanya memberus 2 kali sehari paling kurang untuk penjagaan yang rapi

2⃣ BERUS DENGAN BETUL
-Cara berus yang betul amatlah penting untuk menghilangkan kotoran. Janganlah hanya melepaskan batuk di tangga sekadar melengkapkan aktiviti seharian. Ambil sedikit masa untuk memberus dengan lembut, memberus dalam bulatan perlahan. Kotoran yang tertinggal boleh mengakibatkan pengumpulan karang gigi.

3⃣JANGAN LUPAKAN LIDAH ANDA
-Plak bukan sahaja boleh berada pada gigi malah ada pada lidah juga. Berus dengan lembut dengan menggunakan belakang berus gigi. Perkara mampu mengelakkan mulut yang berbau

4⃣ UBAT GIGI BERFLORIDA
-Florida boleh membantu mempertahankan gigi dari mereput dengan cara membunuh bakteria yang menyebabkan gigi reput dan memberi perlindungan pada gigi

5⃣FLOSS GIGI
-Tabiat yang baik ketika membersihkan gigi adalah dengan menggunakan floss supaya kotoran kecil boleh dibuang di antara celahan gigi

6⃣ MENGGUNAKAN PENCUCI MULUT
-Pencuci mulut boleh membantu mengurangkan acid di dalam mulut, membersihkan bahagian gigi yang susah dicapai dan membantu memberi mineral pada gigi.

🌸Antara pilihan pencuci mulut mengikut citarasa anda:

Listerine cool mint & original
-mencuci 6kali lebih bersih berbanding memberus dan flos gigi sahaja
-formula unik 4 minyak esensial bertindak jauh kedalam untuk membasmi bakteria dalam biofilm plak
-disarankan penggunaan setiap hari

Listerine teeth & gum defense
-guna 2 kali sehari selepas memberus gigi
-membantu menguatkan gigi dan melindungi daripda gigi berlubang dibahagian sukar diberus
-mengandungi florida yang menguatkan gigi

Listerine Healthy white natural lemon salt
-membantu mengurangkan pembentukan plak pada gigi
-melindungi dari kuman dan nafas berbau
-mengandungi florida untuk menguatkan gigi

Listerine zero
-tanpa alkohol untuk kurang rasa pedas

Listerine natural green tea
-tanpa alkohol untuk kurang rasa pedas
-perlindungan selama 12 jam tehadap kuman bau mulut dan plak
-mengandungi florida untuk menguatkan gigi
-mengandungi ekstrak teh hijau untuk rasa lebih nyaman

Listerine gum care (less intense )
-terbukti secara klinikal mengurangkan masalah gusi
-formula tanpa alkohol untuk kurang rasa pedas

Listerine total care
-menguatkan gigi menghalang pembentukan kavitis
-membantu mengekalkan gusi yang sihat
-membantu mengurangkan formulasi plak
-membantu mengakalkan gigi putih
-membasmi kuman
-menyegarkan nafas

Oradex smokers mouthwash
-nafas lebih segar
-tahan lebih lama
-antibakteria

Oradex antibacterial
-infeksi gusi
-plak gigi
-ulser mulut
-sakit tekak
-selepas pembedahan

Oradex antiseptic mouth
-kesihatan gusi
-kebersihan gigi
-tahan lebih lama

Oradex dual action oral rinse
-melegakan dan melindungi mulut
-antibakteria

Oral-B pro-health
Tanpa alkohol
Mengandungi florida
Mengurangkan bakteria

7⃣MINUM BANYAK AIR
Kerap minum air banyak membantu dalam pelbagai perkara termasuk mulut. Minum air selepas makan boleh membantu membuang lebihan makanan yang terlekat pada gigi

8⃣KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN BERGULA DAN BERASID
-gula menukarkan ke dalam asid di dalam mulut, yang kemudian boleh mengikis enamel gigi anda.

9⃣ PEMERIKSAAN GIGI 2 KALI SETAHUN
-Kesilapan besar yang sering dilakukan adalah tidak membuat pemeriksaan gigi dan mulut. Jangan beranggapan gigi anda tidak sakit maka tak perlu ke klinik untuk buat pemeriksaan gigi.

Kebiasaannya gigi berasa sakit apabila sudah kritikal masalahnya. Kita mampu hindari masalah ini dengan membuat pemeriksaan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Setiap tips yang disarankan perlulah diambil perhatian sepenuhnya kerana apa? Kerana senyumanmu begitu berharga.

🌸Boleh dapatkan di Farmasi Marmin (Peramu 8am-10pm) @ Ketapang (9am-10pm)

http://www.wasap.my/601116776799

Marmin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *