Sakit-sakit Badan

Sakit-sakit Badan

NAK MINTA UBAT “COMOR” SATU! 💊💢

” Badan saya sakit- sakit lepas angkat barang barang berat”

” Kaki saya ni sakit sangat lepas bersukan”

” Aduh, lenguh-lenguh badan saya ni. Lama dah macam ini”

🌸 Mungkin ini antara dialog yang biasa kita dengar daripada individu yang mengalami sakit-sakit badan disebabkan aktiviti fizikal atau kejadian yang tidak diingini seperti :

  • Selepas bersukan
  • Selepas mengangkat barangan berat
  • Sekiranya terjatuh yang tidak disengajakan
  • Mereka yang mempunyai osteoarthritis ( lapisan perlindungan tulang rawan telah haus dan menyebabkan kesakitan pada bahagian sendi)
  • Rheumatoid ( individu yang mengalami bengkak dan sakit teramat sangat pada bahagian sendi akibat autoimunisasi badan yang bertindak menyerang sel sel badan sendiri)

👨🏻‍⚕️👩🏻‍⚕️Suka untuk kami ingatkan agar anda yang mengalami simptom atau keadaan sebegini agar berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi bagi nasihat lanjut dan tindakan susulan 😊

Usah diagnosa sendiri ya keadaan sakit anda! Serahkan kepada pakar atau ahli dalam hal ini ya 😁

Keadaan sakit-sakit badan ini boleh terjadi kepada segenap lapisan umur kerana ia datang menyerang secara sendiri (penyakit) atau disebabkan aktiviti fizikal kita 😊

Oleh itu terdapat pelbagai produk otc yang ditawarkan bagi memberi peluang kepada anda sebagai pengguna untuk memilih mengikut kesesuaian 😁

  • Patch (sejenis tampalan yang mengandungi bahan aktif bagi melegakan pada kawasan yang sakit) panas atau sejuk.
  • Roll on ( sejenis minyak disertakan dalam botol mempunyai bebola agar sapuan dilakukan secara terus untuk melegakan kesakitan pada kawasan yang sakit) kebiasaannya panas.
  • Spray ( semburan yang digunakan bagi kecemasan dan selalu digunakan para atlet sekiranya cedera sewaktu perlawaan) panas dan sejuk.
  • Minyak panas atau krim panas ( perlu disapu pada bahagian yang sakit atau lenguh).

Nak guna yang panas ke yang sejuk ye lebih efektif 🤔

Kegunaan jenis panas atau sejuk bergantung kepada individu dimana :

  • Sejuk : Sesuai digunakan sekiranya kecederaan dalam tempoh 48 jam yang boleh menyebabkan lebam dan sebagainya
  • Mod aksi : mengurangkan keradangan dengan mengurangkan peredaran darah di kawasan yang cedera agar bengkak akibat pendarahan dalaman dapat dikurangkan atau disurutkan
  • Panas : sesuai digunakan sekiranya kecederaan seperti sakit sakit badan atau lenguh badan secara berpanjangan.
  • Mod aksi : memberikan efek panas atau haba kepada tempat yang diingini dan meningkatkan peredaran darah di bahagian tersebut agar otot tidak tegang (muscle relaxation)

Kedua duanya efektif dalam MENGURANGKAN keradangan akibat keadaan tertentu dan boleh digunakan tanpa preskripsi. Namun begitu, arahan pada pek produk perlu difahamkan agar tidak berlaku kejadian tidak diingini 😊
.
Sekiranya sakit tidak berkurangan, anda akan dibekalkan dengan ubat ubatan yang bersifat analgesic (tahan sakit) yang memerlukan preskripsi. Sila berjumpa pakar perubatan atau ahli farmasi untuk mendapatkannya.

Sekiranya sakit berlanjutan, sila dapatkan rawatan segera ya di hospital!
.
📳Boleh hubungi kami melalui whatsapp melalui link tertera :
.
☑️ http://bit.ly/MarminHealthcare

.

🛍️ Ikuti kami di aplikasi Shopee untuk mendapatkan barangan keperluan secara online di :
.
☑️ Marmin Healthcare

Jangan lupa like dan follow page & Instagram kami ya 🤗
.
☑️ Marmin Healthcare 
.
.
.
Marmin Healthcare. 

Sihat. Cantik. Mudah

Khairunnisa Niesa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *