SEMBUNYI ATAU HILANG?

MACAM MANA NAK HILANG PARUT NI???

 

 

 

Wajah aku ke ni? Malunya nak jumpa dengan ramai orang dengan wajah yang berparut macam ni…
.
Ramai yang hilang keyakinan untuk berhadapan dengan ramai orang apabila mempunyai parut di badan. Seiring peredaran zaman, ramai yang menggunakan alat kosmetik untuk menutup cela wajah bermodalkan pegangan “tepek – tepek , dah cantik”.

.
Ada juga mengambil langkah menggunakan petua tradisional seperti menggunakan kulit kayu manis yang menyebabkan iritasi pada kulit jika dgunakan secara terus ke atas kulit Kita.
.
Parut adalah sesuatu yang tidak digemari tak kira lelaki mahupun perempuan. Akan ternampak jelas terutamanya di bahagian yang terbuka. Parut akan memberi kesan negatif dari segi kecantikan dan boleh mengganggu fungsi seperti pergerakan sendi.
.
Namun begitu, parut adalah perkara yang baik kerana terhasil dari proses penyembuhan kulit dan tisu yang semulajadi selepas kecederaan. Kecederaan boleh disebabkan oleh trauma, jangkitan atau pembedahan. Tisu yang normal akan digantikan dengan tisu fibrosis. Parut boleh terbentuk samada pada tisu dalaman dan juga pada permukaan kulit.
.
Parut yang terbentuk akan pudar mengikut masa iaitu dipanggil parut matang tetapi ianya tidak akan hilang sepenuhnya.
.
#BAGAIMANA PARUT TERBENTUK?
Badan akan menghasilkan sejenis protein yang dipanggil kolagen apabila tisu atau kulit tercedera. Kolagen akan menghasilkan jaringan yang menguatkan tisu yang tercedera. Kolagen dan saluran darah yang baru terbentuk dengan aktif menyebabkan parut kelihatan tebal dan kemerah-merahan.
.
Proses ini akan berlanjutan sehingga satu tahap di mana jaringan kolagen yang terbentuk akan terlerai dan pengaliran ke saluran darah menurun.
.
Parut akan kelihatan semakin rata, lembut dan pudar. Parut yang sedemikian dkenali sebagai parut matang.
.
Sekiranya penghasilan kolagen berlebihan dan tidak teratur, tisu fibrosis akan meningkat menyebabkan parut lebih tebal dari permukaan kulit dan keras.
.
#DIMANA PULA PARUT TERBENTUK?
Parut jenis keloid- dada, belakang, cuping telinga dan bahu
Parut kontraktur- sendi jari, ketiak dan leher
Parut Atrofik- kulit muka
.
#JENIS-JENIS PARUT?
1) Parut Hipertrofi.
Parut hipertrofi akan kelihatan tebal dari permukaan kulit dan berwarna kemerah-merahan.
.
2) Parut Keloid.
Parut keloid terhasil akibat pembentukan tisu fibrosis yang berlebihan dan melibatkan kulit sekeliling yang normal. Parut ini bukan sahaja hodoh kerana warnanya yang lebih gelap, ianya juga boleh menyebabkan komplikasi lain seperti sakit, gatal dan mengganggu pergerakan tubuh.
.
3) Parut Atrofik.
Parut atrofik adalah parut yang tenggelam atau melekuk ke dalam kulit. Parut jenis ini biasanya berlaku pada jerawat yang telah sembuh. Walaupun saiznya kecil tetapi kuantitinya banyak dan akan nampak ketara terutama pada bahagian muka.
.
4) Parut Kontraktur. Parut kontraktur sering berlaku selepas kecederaan pada kulit akibat luka kebakaran, kelecuran atau kehilangan kulit akibat kecederaan lain. Tisu fibrosis akan menarik kulit di antara permukaan sendi seperti jari tangan, siku dan leher. Ianya juga boleh menarik kulit yang lembut seperti kelopak mata dan bibir.
.
Terdapat banyak jenis rawatan untuk menghilangkan parut antaranya rawatan secara luaran seperti meletakkan krim atau gel untuk membantu mengurangkan kesan parut.
.
================================
BIO OIL MENGHILANGKAN PARUT DENGAN BERKESAN
Bio-Oil tidak perlu dipertikaikan lagi keberkesanannya dalam menghilangkan parut!
Tahukah anda Bio-Oil bukan sahaja mampu menghilangkan parut.
Ia juga mampu :
#Menghilangkan selulit selepas bersalin
#Membantu tona kulit agar sekata
#Memudarkan garis halus akibat penuaan
#Memulihkan kulit kering

.
Penerima anugerah No 1 Pharmacist & Physician Recommended OTC Brand Canada, 2019 ini menggunakan formulasi daripada botani seperti :
+ Calendula oil
+ Lavender oil
+ Chamomile oil
+ Ekstrak ros sebagai wangian
.
Produk terbaik kami bawakan kepada anda ini bukan sahaja dinobatkan sebagai Best Beauty Product for Mum di National Parenting Product Awards, Ireland,2018, ia juga diakui sebagai cGMP
(current good manufacturing practice).
Kami menawarkan dua kuantiti Bio Oil :
1. Bio-Oil 125ml
2. Bio-Oil 60ml

Khairunnisa Niesa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *