SIAPA YANG SESUAI MENGGUNAKAN KANTA LEKAP (CONTACT LENS)

PERNAH TERFIKIR ? SIAPA YANG LAYAK GUNAKAN KANTA LEKAP👀? EH ADA PULA LAYAK TAK LAYAK YA🤔

Image may contain: one or more people and closeup

Jika ditanya pengguna kanta lekap rata- rata akan menjawab kelebihan menggunakan kanta lekap seperti

✔️pemakai dapat melakukan aktiviti fizikal yang lasak dengan bebas tanpa risau cermin mata akan jatuh dan rosak
✔️lebih yakin dan kelihatan lebih bergaya jika dipakai bersama makeup atau shade 😊
Apapun alasan yang diberikan, kanta lekap mempunyai fungsi sebenar dan ia adalah teknologi yang dicipta untuk memudahkan pesakit.

🤔Jadi siapa yang layak menggunakan kanta lekap ?

1⃣Individu yang mempunyai rabun yang tinggi.
✔️Rabun jauh, rabun dekat dan rabun silau (astigmatisma)
2⃣Individu Yang Memakai Cermin Mata Dan Gemar Menyertai Sukan Terutama Sukan Lasak
3⃣Individu Yang Mempunyai Masalah Kornea Seperti :
✔️Keratokonus – merupakan keadaan kornea yang tidak normal dan mengalami penipisan secara progresif
✔️Astigmatisma (rabun silau) yang tidak sekata pada kornea
4⃣Individu Yang Ingin Menutup Cela Pada Mata
🤔Adakah Semua Orang Boleh Memakai Kanta Lekap?
Tidak semua orang sesuai menggunakan kanta lekap. Perlu dapat saranan oleh Optometris untuk memastikan tahap kesihatan mata dalam keadaan baik.
Secara umum, individu yang dikenal pasti tidak boleh memakai kanta lekap adalah :
⛔Orang yang mengalami alahan
⛔Pesakit diabetes
⛔Masalah mata kering yang teruk
⛔Mereka yang tidak dapat mengikuti arahan pemakaian kanta lekap yang selamat
⛔Mereka yang bekerja di persekitaran yang tercemar dengan habuk atau bahan kimia
⛔Mereka yang gagal mempamerkan tahap kebersihan yang tinggi
🤔Tahu cara guna kanta lekap?
Penjagaan Kanta Lekap Dan Larutan Pencuci/Rendaman
1⃣Basuh dan keringkan tangan anda sebelum menyentuh kanta lekap.
2⃣Gunakan larutan pencuci kanta lekap yang hanya disarankan oleh optometris atau juruoptik berlesen anda.
3⃣Gosok kanta lekap anda semasa mencuci untuk membersihkan sebarang deposit dan mikroorganisma.
4⃣Jangan gunakan larutan pencuci yang telah luput tarikh (expired). Tempoh luput larutan pencuci kanta lekap yang telah dibuka pula adalah 1 bulan selepas larutan dibuka.
5⃣Kanta lekap yang terendam lama dan tidak dipakai perlu ditukar dengan larutan rendaman baru sekurang-kurangnya 2 hari sekali. Kanta tersebut juga perlu dicuci sebelum dipakai semula.
6⃣Cuci dan bilas kanta lekap yang jatuh atau terkeluar dari mata sebelum memakainya semula. Ganti kanta yang terjatuh dengan kanta baru jika anda ada bekalan kanta lain.
7⃣Jangan menambah larutan rendaman (topping off) untuk mengurangkan risiko jangkitan dan radang mata.
8⃣Buang larutan rendaman setiap kali selepas kanta lekap dipakai. Gunakan larutan rendaman baru ketika hendak merendam kanta lekap semula.
9⃣Pastikan anda mempunyai cermin mata dengan kuasa kanta yang terkini.
🔟Jangan gunakan air paip atau air suling yang dibuat sendiri untuk mencuci kanta lekap.
Pencuci yang sesuai untuk membersihkan kanta lekap ialah:
✔️Opti-Free Express
Kandungan tetronic penyucian yang efektif
Untuk keselesaan setiap hari
✔️Opti-Free Replenish
Kandungan tearglyde untuk dua tindaka. Menyegarkan dan melembapkan
✔️Opti-Free Puremoist
Kandungan hydraglyde untuk mengekalkan kelembapan dan pelincir
✔️Klean&Kare Sensiplus
Dihasilkan dibawah pensijilan GMP. Sesuai untuk mata yang sensitif
✔️Opticare Saline
Tiada bahan pengawet
Tidak menyebabkan pedih
Dihasilkan dibawah pensijilan GMP.
✔️Complete Multipurpose solution
Membunuh banyak jenis bakteria. Membuang protien dan kotoran pada kanta lekap
JANGAN lupa klik “SHARE” untuk berkongsi pada kenalan anda artikel ini 😎
👉Farmasi Marmin
1⃣Peramu Pekan (8am-10pm),
2⃣Ketapang Pekan (9am-10pm),
3⃣Wakaf Bharu Kelantan (8am-10pm)
4⃣Chini – depan Petronas Bandar Chini (9am-10pm).
🌸Like fb page kami di http://bit.ly/FarmasiMarmin
☎whatssapp kami http://www.wasap.my/601116776799
🚚Penghantaran ke rumah? http://bit.ly/ShopeeMarmin
No photo description available.

Content Creator

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *