Betul Ke Stevia Boleh Ganti Gula Putih?

Betul Ke Stevia Boleh Ganti Gula Putih?

Gula tambahan terutamanya gula putih adalah bahan yang paling bahaya dalam pemakanan seharian.

Ianya selalu berkait rapat dengan banyak penyakit berbahaya termasuk masalah obesiti, masalah jantung, kencing manis dan tidak terkecuali kanser.

Kebanyakan dari kita gula dalam darah hanya datang dari gula putih. Tidak sedar gula juga datang dari makanan harian termasuk nasi putih, roti, roti canai, kuih muih yang dibuat dari tepung beras.

Kebelakangan ini ramai yang masih ragu-ragu adakah Stevia boleh jadi pengganti kepada gula?

Dari Harian Metro, Stevia adalah sejenis herba berasal dari Paraguay dan digunakan kaum Red Indian sejak zaman dahulu. Penggunaannya dikatakan mampu membantu meningkatkan kesihatan dan kemudian tersebar di luar Amerika Selatan berikutan penemuan oleh ahli botani, Antonio Bertoni pada 1887.

Penemuan itu secara tidak langsung menggalakkan pengguna bertukar ke arah penggunaan gula tanpa kalori bagi mengurangkan beban penyakit terutama mereka yang sukar mengawal pengambilan gula.

 

Komponen pemanis utama dalam daun stevia juga dikatakan mempunyai kesan antioksidan, antimikrob dan antikulat.Antara negara yang mengusahakan tanaman stevia secara komersial termasuk Brazil, Paraguay, Kanada, Australia, Jepun, China, India, Taiwan, Korea dan Thailand.

Keunikan stevia yang menawarkan kemanisan tanpa kalori membolehkan banyak pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) mengembangkan industri berkaitan herba manis itu.

 

Di pasaran tempatan terdapat banyak produk yang dijual dalam bentuk larutan stevia.Larutan stevia dititiskan ke dalam air minuman dalam dos tertentu sebelum dikacau. Rasa manis minuman akan dirasai lambat sedikit kerana kelarutan stevia dalam air adalah sangat perlahan.

 

Stevia yang diluluskan dalam Akta Makanan untuk dijadikan sebagai pemanis dan pengganti gula pasir adalah ekstrak stevia.Kemanisan yang terhasil daripada daun stevia ini adalah 200 hingga 300 kali lebih manis berbanding gula tebu.Namun demikian, ia tidak mengandungi kalori, karbohidrat, lemak dan kolesterol.

Jadi Stevia boleh menjadi pengganti kepada gula putih namun ia tak bermakna kita boleh telan segala yang lain termasuk nasi putih, roti, roti canai, kuih muih yang dibuat dari tepung beras. Ia makanan yang tawar di lidah namun manis di dalam darah kita.

Antara Stevia yang terdapat di rangkaian Farmasi Marmin dan Marmin Healthcare termasuk:
1. Eversweet
2. Equal Stevia
3. Lohas Organic Leaf Powder
4. Sweet Royale
5. HS Stevia

Hubungi kami untuk mendapatkan Stevia kami di  01165535064 (sentuh disini untuk Whatsapp) atau PM kami di Facebook kami di Marmin Healthcare (sentuh di sini).

Marmin
It’s Personal

Marmin

2 thoughts on “Betul Ke Stevia Boleh Ganti Gula Putih?

  1. Benarkah stevia baik sebagai ubat penyembuh luka dan tidak hanya sebagai pemanis pengganti gula?. Apakah ada bukti saintifik dan testimonial sebagai sandaran terhadap dakwaan ini?. Umum mengetahui penderita diabetes atau pesakit kencing manis sering terdedah kepada luka yang sukar sembuh sehingga luka itu menjadi parah dan memudaratkan anggota badan yang terlibat. Semuanya berpunca dari gula putih tebu yang diambil secara berlebihan dalam hidup seharian.

    1. Stevia bukanlah ubat. Ia cuma pengganti kepada gula putih yang tinggi kalorinya.
      Stevia berasal dari tumbuhan yang tidak tinggi kalorinya.
      .

      Punca diabetes atau kencing manis bukan datang dari gula putih sahaja. Ia termasuk makanan berikut yang tinggi kalorinya yang meningkatkan gula dalam darah:
      Makanan berasaskan beras putih:
      + Nasi Putih
      + Mee
      + Bihun
      + Koteaw
      + Kuih Muih
      + Roti Canai
      + Roti Buku (bukan gandum)
      + Semua jenis tepung berasaskan beras yang diproses
      .

      Makanan di atas adalah karbohidrat ringkas yang meningkatkan gula dalam darah tanpa kita sedar. Gula atau glukos tak semestinya manis dimulut seperti gula putih atau stevia.
      .

      Diabetes bukanlah dapat selepas makan makanan manis semalam, minggu lepas atau bulan lepas. Ia hadir selepas amalan pemakanan makanan yang disebut di atas selama bertahun-tahun lamanya. Ia terhasil dari amalan bukan ambil sekali dua.
      .

      Apa penyelesaiannya? Selain dari ubah pemakanan, buat juga aktiviti yang membakar kalori dengan bersenam. Jika khuatir berjogging, buat brisk walk. Berjalan sahaja selama 30 minit sehingga 1 jam sehari. InsyaAllah membantu.
      .

      Nak ubah pemakanan bagaimana?
      Cuba ini:
      Sarapan Pagi:
      + Telur rebus 2 biji samada separuh masak atau penuh. ELAK goreng.
      + Pisang saiz sederhana sebiji (ya pisang manis. Namun ia lebih baik dari makanan tinggi gula seperti yang di senaraikan di atas)
      + Air kosong 2 gelas
      .

      Makan Tengahari:
      + Nasi Perang (Beras Perang) SUKU pinggan sahaja
      + Ikan/Ayam suku pinggan
      + Sayur dan bua-buahan SEPARUH pinggan
      .

      Makan Malam
      Samada sama seperti sarapan pagi atau makan tengahari
      .

      Pastikan juga tidur mencukupi 7-8 jam sehari.
      .

      Amalkan pemakanan ini dan periksa gula dalam darah setiap minggu.
      .

      Mudah-mudahan membantu.
      .

      Terima kasih,
      Pasukan Marmin
      Sihat. Tenang & Bahagia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *