Suhu Badan

Suhu Badan

Macam mana nak tahu saya demam🤒 atau pun tidak🤔?

Anda mungkin pernah dengar bahawa suhu badan “normal” adalah (37 ° C). Nombor ini hanya purata. Suhu badan anda mungkin sedikit tinggi atau lebih rendah.

🤒Bacaan suhu badan yang di atas atau di bawah purata tidak secara automatik bermakna anda sakit.

  • Ada beberapa faktor lagi yang boleh mempengaruhi suhu badan anda, termasuk umur, jantina, masa, dan aktiviti seharian

Suhu badan normal saya dengan kanak-kanak berbeza ka 🤕?

  • Keupayaan tubuh anda untuk mengawal perubahan suhu semakin berkurang apabila anda semakin tua.
  • Kebiasaannya, orang tua lebih susah untuk mengekalkan haba. Mereka juga lebih cenderung mempunyai suhu badan yang lebih rendah😷.

Jadi berapa anggaran suhu manusia mengikut peringkat umur👶👧👨👴 ?

  • 👶Bayi dan kanak-kanak.
    (36.6 ° C) hingga (37.2 ° C)
  • 👩Dewasa.
    suhu badan purata adalah dari (36.1 ° C) hingga (37.2 ° C).
  • 👵Dewasa yang berumur 65 tahun.
    suhu badan purata lebih rendah daripada (36.2 ° C).

Setiap individu mempunyai suhu badan berbeza (0.6 ° C) lebih tinggi atau lebih rendah daripada garis panduan di atas.

Mengenal pasti suhu normal anda boleh menjadikannya lebih mudah untuk mengetahui apabila anda mengalami demam.

Sebab apa suhu badan manusia berbeza🤔?

  • Semakin meningkat umur semakin kurang kawalan suhu badan
  • Tahap aktiviti fizikal dan makanan atau minuman tertentu juga boleh mempengaruhi suhu badan.
  • Suhu badan wanita juga dipengaruhi oleh hormon, dan mungkin naik atau turun semasa kitaran haid wanita.
  • Bacaan suhu di bahagian badan berbeza juga memberi kelainan pada bacaan
  • Pembacaan bawah lengan boleh mencapai tahap yang lebih rendah daripada bacaan dari mulut.
  • Dan bacaan suhu dari mulut selalunya lebih rendah daripada pembacaan dari telinga atau rektum.

Jadi macam mana saya nak tahu saya demam🤔?

Bacaan termometer lebih tinggi daripada biasa boleh menjadi tanda demam. Antara bayi, kanak-kanak dan orang dewasa, bacaan termometer yang berikut biasanya tanda demam:

✔️bacaan rektum atau telinga: (38 ° C) atau lebih tinggi
✔️ bacaan mulut: (37.8 ° C) atau lebih tinggi
✔️Bacaan ketiak: (37.2 ° C) atau lebih tinggi

👉Tanda-tanda dan gejala lain, termasuk:

  1. berpeluh
  2. menggigil atau gemetar
  3. kulit terasa panas
  4. sakit kepala
  5. sakit badan
  6. keletihan dan terasa lemah
  7. hilang selera makan
  8. kadar jantung meningkat
  9. dehidrasi

Walaupun demam menyebabkan anda rasa tidak selesa, ia tidak berbahaya.

Ia hanya satu tanda bahawa tubuh anda sedang melawan sesuatu.

Selalunya , REHAT adalah ubat terbaik. Namun jika berlarutan sila berjumpa dengan doktor

Untuk pantauan suhu yang baik, anda boleh gunakan thermometer untuk rekod.

Thermometer tanpa sentuh

  1. Rossmax monitoring temple thermometer
    ✔️Keputusan bacaan segera 1 saat
    ✔️Mempunyai penggera keputusan bacaan
    ✔️5 tahun warranty
    ✔️Mempunyai 9 memori simpanan
    ✔️Boleh baca suhu objek seperti susu dalam botol
  2. Jumper Infrared thermometer
  • ➡️anggaran kegunaan 1 saat
    ➡️boleh digunakan untuk suhu dahi dan telinga
    ➡️senang untuk dipegang
    ➡️mempunyai amaran demam
    ➡️selamat digunakan untuk kanak-kanak

Thermometer digital

Thermometer digital Medisana

  • ✔️Keputusan bacaan dalam 1 min
    ✔️Bacaan boleh diambil di mulut, rectum dan bawah ketiak
    ✔️Mempunyai penggera keputusan bacaan
    ✔️3 Tahun warranty
    ✔️Mempunyai memori bacaan terakhir
    ✔️Kalis air

Omron thermometer digital

  • ➡️kalis air
    ➡️mempunyai isyarat bunyi
    ➡️bateri boleh ganti
    ➡️anggaran purata untuk kegunaan oral (10saat), rektum(10saat) dan ketiak (25saat)

Rossmax monitoring thermometer 60 second

  • ✔️warranty 5 tahun
    ✔️purata anggran kegunaan 60saat
    ✔️mempunyai isyarat bunyi

Rossmax monitoring thermometer 10second

  • ➡️warranty 5 tahun
    ➡️purata anggran kegunaan 10 saat
    ➡️mempunyai isyarat bunyi

JANGAN lupa klik “SHARE” untuk berkongsi pada kenalan anda artikel ini 😎

Boleh dapatkan di Farmasi Marmin (Peramu 8am-10pm) @ Ketapang (9am-10pm)

🌸Like fb page kami di fb.my/farmasimarmin

http://www.wasap.my/601116776799

🚚Penghantaran ke rumah? shopee.com.my/farmasimarmin

Khairunnisa Niesa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *