Sunblock/Sunscreen

Sunblock/Sunscreen

LANGKAH ASAS PENJAGAAN WAJAH : SUNBLOCK/SUNSCREEN
.
.
Ramai yang telah sedar akan kepentingan memakai tabir suria atau sunblock tetapi ramai sekali kurang jelas akan cara pemakaian tabir suria dan sifat tabir suria itu sendiri.
.
.
Jangan risau. Harini admin akan kongsikan serba sedikit info mengenai sunblock / sunscreen. 😊 Admin berharap info yang diberikan berguna dan bermanfaat. Jangan segan untuk share ya 👍🏻 sama sama kita berkongsi info berguna.
.
.
Sunblock atau tabir suria berfungsi mengurangkan jumlah sinar uv yang kena pada kulit kita. Ia bertindak dengan memantulkan atau meyerap sinar uv tersebut. Hal ini yang membuatkan kulit kelihatan kusam dan boleh merosakkan struktur sel kulit.
.
.
Seringkali kita lihat label pada sunscreen seperti UVA dan UVB bukan? Jadi admin nak berkongsi info UVA dan UVB.

🌞 UVA secara amnya adalah Ultra Violet A yang merupakan sinar UV yang long wave. Ini menyebabkan sinar UVA boleh bertimdak masuk jauh ke dalam kulit sehingga pada peringkat dermis dan sinar ini lah yang boleh menyebabkan tanda penuaan berlaku seperti :
.
☑️ Garis garis halus
.
☑️ Kulit kusam
.
☑️ Pigmentasi berlaku (jeragat)
.
🌞 UVB pula merupakan Ultra Violet B yang merupakan short wave yang menyerang lapisan luar kulit. Ia menyebabkan kulit :
.
☑️ Kemerahan
.
☑️ Sunburn
.
☑️ Gatal
.
.
Cara pemakaian sunblock/sunscreen :
.
☑️ Perlu diaplikasikan setiap 2 jam sekali atau setiap selepas berpeluh, bersukan atau berenang
.
☑️ Seeloknya dipakai 10 minit sebelum keluar rumah.
.
☑️ Perlu memakai semula sunblock setelah mengelap wajah dan sebagainya
.
.
Ramai yang tidak tahu bahawa sunblock ada dua jenis iaitu jenis physical dan juga chemical dimana :
.
.
Chemical sunscreen
.
🔅Menyerap ke dalam kulit dan menyerap sinar UV dengan menukarkan sinar tersebut kepada haba yang akan dikeluarkan oleh badan.
.
🔅 Bahan aktif : avobenzone, octinoxate, oxybenzone, homosalate, octisalate
.
☑️ Cepat menyerap ke dalam kulit
.
☑️ Selalunya water resistant @ kalis air dan lebih sesuai buat mereka yang kuat berpeluh dan bersukan
.
☑️ Sesuai buat mereka yang bersukan air
.
 Perlu dipakai sekurang kurangnya 20-30 minit sebelum keluar rumah atau terdedah kepada matahari kerana bahannya mengambil masa yang agak lama untuk menyerap ke dalam kulit.
.
 Boleh menyebabkan iritasi berlaku kepada orang yang berkulit sensitif kerana ia menyerap sinar uv dan boleh mengakibatkan tingling sensation kepada mereka yang berkulit sensitif selepas menggunakannya
.
.
Physical susnscreen
.
🔅 Berada di permukaan kulit dan memantulkan semula sinar UV
.
Bahan aktif : titanium dioxide, zinc oxide
.
☑️Kurang iritasi dan lebih sesuai buat orang berkulit sensitif
.
☑️ Selalunya broad spectrum iaitu bertindak memantulkan UVA & UVB
.
☑️ Lebih lembab dan terasa pada kulit
.
☑️ Teksturnya lebih likat dan terkadang ada white cast pada muka dan agak sukar disekatakan tetapi dengan formulasi baharu daripada pelbagai produk, ia kurang penampakan whitecast dan tampil matte pada kulit.
.
 Agak kurang sesuai buat mereka yang kulit berminyak kerana ia mungkin menyebabkan wajah anda terlihat terlebih sinar
.
 Bagi mereka yang berkulit berjerawat dan berminyak, tabir suria jenis ini perlu dibersihkan dengan betul menggunakan penghapus solekan seterusnya menggunakan pencuci wajah agar ia tidak terlekat di dalam liang pori anda.
.
 Perlu aplikasi yang berkali apabila berpeluh, atau terkena air.
.
.
Cara-cara memilih tabir suria :
.
.
☀️ Broad spectrum (melindungi daripada sinar UVA dan UVB)
.
☀️ Tidak komedogenik
.
☀️ Mencuba pada tangan, seterusnya di belakang telinga sekiranya tiada rasa panas atau sebarang reaksi, cuba pada bahagian bawah hidung tetapi atas daripada bibir. Sekiranya terdapat sebarang iritasi, anda berkemungkinan tidak sesuai dengan produk tersebut.

.
1. BIORE UV AQUA RICH SPF50 PA++++
.
☑️ Bauan fresh fruity
.
☑️ Senang disapu pada kulit
.
☑️ Cepat menyerap ke dalam kulit
.
☑️ Boleh digunakan sebagai make up base dan juga pelembab
.
☑️ Melembab dengan lebih lama kerana mempunyai ekstrak royal jelly dan hyaluronic acid.
.
☑️ Memiliki tekstur seperti gel dan sesuai buat mereka yang kulit berminyak
.
2. BIORE UV PERFECT PROTECT MILK SPF50 PA+++
.
☑️ Pelinndung UVA dan UVB
.
☑️ Bertekstur cecair seakan susu tidak melekit dan pantas menyerap.
.
☑️ Diperkaya ekstrak rice germ dan vitamin E yang melembabkan kulit
.
☑️ Formulasi anti bakteri yang sesuai buat semua jenis kulit.
.
☑️ Haruman bunga dan tidak telap air atau peluh
.
3. BALANCE SUNSCREEN SPF35
.
☑️ Memiliki tekstur seperti losyen dan berwarna putih
.
☑️ Bebas pewangi
.
☑️ Memiliki ekstrak vitamin E, elastin, chamomile, timun dan juga bearberry yang bertindak anti radang, bantu mencerahkan tona kulit, meredakan sunburn dan juga menganjalkan kulit.
.
☑️ Broad spectrum, water resistant dan kalis peluh
.
☑️ Bebas minyak dan tidak komedogenik
.
☑️ Soothing dan calming effect
.
4. CETAPHIL UVA/UVB DEFENSE SPF50+/UVA 28
.
☑️ UVA & UVB defense untuk badan dan muka
.
☑️ Hypoallergenic, tidak komedogenik dan juga bebas pewangi
.
☑️ Tinggi halangan buat UVA
.
5. SUNPLAY SPORT SUNSCREEN SPF 120 PA++++
.
☑️ Kalis air selama 4 jam
.
☑️ Sesuai digunakan oleh mereka yang kuat bersukan dan juga berpeluh
.
☑️ Wet skin technology dimana ia membolehkan kita mengoles produk ini tanpa perlu mengeringkan kulit terlebih dahulu.
.
☑️ Dri-cool technology yang memberikan efek sensasi dingin
.
6. SUNPLAY SPORT UV BODY MIST SPF120 PA++++
.
☑️ Jenis spray jadi anda tidak perlu sapu ke badan dan muka sekiranya bersukan boleh terus disembur walaupun kulit masih basah
.
☑️ Lebih ringan dan mempunyai cool sensation
.
☑️ 4 jam kalis air dan juga kalis peluh
.
☑️ Tidak melekit dan juga ringan pada kulit
.
☑️ Bebas pewarna, alkohol, paraben dan oxybenzone
.
7. SUNPLAY ULTRA SHIELD SPF130 PA++++
.
☑️ Solarex 3 technology dimana ia tidak senang diuraikan, melindungi kulit daripada penuaan pramatang dan melembabkan
.
☑️ Lightweight, tidak melekit, tidak bercapuk pada kulit
.
☑️ Jenis cecair cepat resap dan kalis air. Sesuai untuk pemakaian yang lama dalam air dan aktiviti luar.
.
☑️ Bebas pewangi dan pewarna
.
8. NEUTROGENA MOISTURE SPF 15
.
☑️ Diuji secara dermatologikal dan tidak komedogenik
.
☑️ Bertindak melembabkan selain melindungi kulit daripada sinar UVA dan UVB
.
☑️ Extra gentle : tiada pewangi, pewarna dan bebas alkohol
.
.
.
🚩 Ikuti kami di page Marmin Healthcare untuk info info lanjut. 
.
.
💊 Anda juga boleh kujungi kami di Farmasi Marmin. Kami amat mengalu alukan kedatangan anda. 
.
.
Kalau anda yang berada nun jauh disana, jangan susah hati! Bak kata orang, yang jauh kita dekatkan.. yang dekat kita rapat – rapatkan. Terus hubungi kami menerusi Whatsapp untuk info lanjut mengenai produk – produk yang telah kami kongsikan 😀
.
📱Hanya klik di link ini :
http://bit.ly/MarminHealthcare

.
.
Marmin Healthcare
.
Cantik. Sihat. Mudah

Content Creator

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *