TIPS GUNA ENEMA (cecair masuk ikut punggung untuk memudahkan membuang air besar)

Cara Penggunaan ENEMA

1⃣Basuh tangan dengan bersih dan keringkan tangan sebelum menggunakan enema.

2⃣Pastikan anda/pesakit berbaring secara mengiring dengan sebelah kaki dirapatkan ke arah dada.

3⃣Buka penutup enema dan masukkan enema ke dalam dubur secara perlahan-lahan. Jangan tolak secara paksaan kerana ini boleh mencederakan bahagian dubur. Boleh gunakan pilincir untuk memudahkan enema dimasukkan

4⃣Tekan/picit enema tersebut sehingga kesemua cecair masuk ke dalam dubur.

5⃣Jangan hanya picit separuh atau tidak habis kerana penggunaannya mungkin tidak effektif

6⃣Keluarkan enema dari dubur secara perlahan-lahan.

7⃣Kekalkan posisi tersebut sehingga ada keinginan untuk nyah tinja (buang air besar) yang biasanya berlaku dalam masa 2-5 minit.

Gambar : Cara Penggunaan ENEMA

Bagaimana Cara Menyimpan Enema

▶️Enema perlu disimpan pada suhu bilik, jauh daripada cahaya matahari atau kelembapan.

▶️Simpan ubat jauh daripada kanak-kanak.

▶️Jangan simpan atau menggunakan semula enema yang tidak habis.

Ada di Farmasi Marmin

👉Prime Enema 10ml &20ml

👉Fleet Enema 66ml & 133ml

👉HLP Raven Enema

Gambar : Antara ENEMA yg ada di Farmasi

JANGAN lupa klik “SHARE” untuk berkongsi pada kenalan anda artikel ini 😎

Boleh dapatkan di Farmasi Marmin Peramu (8am-10pm), Ketapang (9am-10pm) dan akan datang di Chini (depan Petronas Bandar Chini).

🌸Like fb page kami di http://bit.ly/FarmasiMarmin

whatssapp kami https://marminenema.wasap.my

🚚Penghantaran ke rumah? http://bit.ly/ShopeeMarmin

👨‍⚕Nak doktor ke rumah? DRAH2U https://wa.me/60102550648

Khairunnisa Niesa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *