TIPS PEMILIHAN UBAT SAPU COMOR / MINYAK PANAS / KRIM PANAS

UII, BERANGIN JE RASA ! PASTU..”SLOW-SLOW” PANAS. MEMANG MACAM INI KE RASANYA GUNA UBAT “COMOR” 🤔 ? 

Ubat comor @ ubat sapu@ minyak panas adalah suatu bentuk sapuan , tampalan atau semburan berbentuk TOPIKAL (kegunaan luaran atau atas kulit sahaja) yang mempunyai kesan berbeza dan semestinya tujuan yang berbeza seperti :

PANAS 🔥 :
 melegakan otot agar ia dalam keadaan rehat dan melancarkan peredaran darah.
 Biasanya digunakan sebelum aktiviti fizikal mahupun sesudahnya.

SEJUK :
bertindak mengurangkan keradangan seperti bengkak dan sebagainya dengan mengurankan peredaran darah ke tempat yang tercedera.
 Kebiasaannya digunakan dalam tempoh 48jam kecederaan.

📌Keduanya tergolong dalam kategori analgesik @anti-radang.

“Eh, tak paham makcik. Marmin , terangkanlah bahasa mudah 😓
💯 Analgesik@ anti-radang : mengurangkan rasa sakit individu tanpa menyebabkan individu hilang kawalan diri (tertidur, separa terjaga, lumpuh sementara) seperti ubat bius.💉

” Macam mana krim analgesik ni dari sejuk jadi panas ya, Marmin?” 🤔
💯 Bahan aktif didalamnya bersifat “couterirritants” (membuat rasa panas di atas kulit agar kita “terlupa” akan sakit bahagian otot atau sendi) seperti menthol, methy salicylate

💯 Sebab tu antara kegunaannya disyorkan untuk masalah kembung perut, gigitan serangga, lenguh lenguh agar anda “terlupa” rasa sakit yang sebenar 😊

 “Semua lapisan umur boleh guna ke, Marmin? Cara guna pun sama ya? 🤔
💯 Perlu nasihat ahli farmasi atau doktor sekiranya digunakan untuk kanak kanak bawah 2 tahun. Perlu preskripsi sekiranya ingin mengambil krim analgesik yang mempunyai ” painkiller” seperti diclofenac sodium.

💯 Sapu atau sembur nipis pada satu bahagian dahulu. Hal ini kerana, dikhuatiri ia agak panas atau sejuk bagi anda kerana setiap individu mempunyai sensitiviti kulit yang berbeza.
💯 Marmin nasihatkan untuk guna secara berhati hati ya, agar tidak termasuk ke dalam mata atau mulu anda. 😊 Antara kesan sampingan krim analgesik ini ialah boleh menyebabkan kulit kemerahan dan kepanasan.

💯 Elak daripada menggunakannya selepas melakukan aktiviti yang meningkatkan suhu badan seperti berenang, sauna atau bersenam.

Contoh produk jenis Minyak
Contoh produk jenis Salap / Balm
Contoh produk jenis Krim / Roller
 Kelebihan dan keunikan setiap produk krim analgesik:☑️ Minyak panas atau balm: Kebiasaannya mempunyai efek panas sahaja. Balm selalu diguna pakai untuk segenap lapisan umur berbanding minyak kerana ia tidak tumpah dan boleh dikawal pengambilannya.
☑️ Roller: berbentuk bebola dihujungnya agar sapuan lebih sekata dan tidak terkena tangan atau bahagian lain menyebabkan radang. Dan senang untuk capai ke bahagian yang sukar utk disapu

☑️ Spray : digunakan oleh atlet atau pasukan kecemasan. Jenis panas dan sejuk. Serapan lebih dalam dan pantas.

☑️ Tampalan : untuk mengelakkan bauan yang kuat seperti minyak dan balm. Agar kesan lebih lama dan sekata. Elak daripada terkena fabrik.

Sekian sahaja tips daripada Marmin mengenai pemilihan ubat comor anda. 😊 Harap posting ini membantu ya.

💯 Dapatkan info-info kesihatan, kecantikan dan pelbagai barangan kemudahan anda di Marmin Healthcare.

📳Boleh hubungi kami melalui whatsapp melalui link tertera :
.
 https://marminhealthcarews.wasap.my/

🛍 Ikuti kami di aplikasi Shopee untuk mendapatkan barangan keperluan secara online di :

 http://bit.ly/SHOPEEmarminhealthcare

Jangan lupa like dan follow page & Instagram kami ya 🤗

FB: http://bit.ly/FBPAGEmarminhealthcare

 IG: http://bit.ly/IGmarminhealthcare

🗺️ Kunjungi kami di Farmasi Marmin Peramu :

http://bit.ly/PETAmarminhealthcare

Content Creator

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *